BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 16, 2011

NOta hati~~~

Sudah lama rasanya aku menyepi dari menulis..Hanya aku yang mengerti kesunyian hati ini walaupom kadangkala mulutku berceloteh tanpa henti...Sehingga kini, setelah usiaku mencapai suku abad, aku masih tercari2 pengetahuan terbaik, pekerjaan terbaik, yang paling tepat...jalan terbaik ataupom hidup terbaik yang ingin aku miliki...

Tanpa aku sedari, setiap hari yang aku lalui...Allah hadiahi aku sebuah pengajaran dan pengalaman yang tiada bandingnya...Suku abad yang aku ada bukan sahaja dihabiskan untuk menuntut ilmu dibuku dan kitab...tapi Allah kurniakan kesedihan dan kegembiraan untuk menjadikan aku orang yang belajar dan menilai..

Setiap individu selalunya punya sikap positif, begitu juga aku...tetapi apabila berhadapan dgn teguran org dan mengenali kelemahan sendiri..Kenapa mesti ada rasa tersinggung dan goyah..??? Bukan beerti aku tidak dapat menerima teguran...Tapi aku selalu terlupa, dalam perhubungan, aku terlalu percaya, selalu menerima seadanya…tanpa ada cacat cela...Aku boleh menerima 100% kelebihan dan kekurangan orang lain sehinggakan aku terlupa kekurangan diri sendiri… Aku terlupa walaupom aku menerima org lain seadanya, tp aku juga perlu bersedia untuk menilai diri sendiri yang akan dinilai oleh orang lain..

Tanpa aku sedari, sesungguhnya setiap hari aku belajar mengenali dan mengerti diri sendiri daripada apa yang aku lalui...walaupom kadangkala terasa amat memeritkan dihati...aku tak takut untuk melaluinya sendiri, tetapi aku takut bila aku hilang kepercayaan dan keyakinan pada diri sendiri..

~~~Sesungguhnya pernah ku dengar "Pesanan positif untuk hati sendiri adalah lebih baik berbanding mendengarnya daripada orang lain..Hanya kamu yang lebih mengerti kehendak dan hati kamu..."