BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 10, 2012

~~~Mengamit nostalgia~~

Kenangan semalam datang lagi apabila melihat sahabat-sahabat dan adik-adik yang menyarungkan jubah masing2, bukan jubah biasa , tapi jubah beserta robe yg membawa 1001 erti dlm diri setiap pemakainya.  Berdiri mengenang diri, mampukah aku untuk menyarungnya sekali lg dan berdiri disamping teman2, kuatkah aku untuk melunaskan tanggungjawab yang terpikul di bahu ini, terasa berat bebannya, terasa sakit menelannya walaupom setiap hari org menganggap hidupku hanya disulam senyum memanjang, tak siapa mengerti rasa berat dan sakit dihati ini

Terlalu berat rasanya, tapi mahukah aku mencuba...tanggungjawab ini digalas kerana inilah Ketentuan dariNYa, yang mahukan aku berkhidmat dan berkongsi ilmu dengan anak bangsa, mampukah aku melalui setiap ujianNYA dan setiap harapan yang digalaskan...walaupom susah macamna pom aku harus sedar perancanganku sudah baik, tapi Allah yang mempunyai perancangan yang lebih "hebat" untukku, Jadi layakkah aku untuk mengingkarinya?

Terlalu menyepi membuat jiwa sepi, terumbang ambing sendiri, sehingga aku lupa mengenali diri sendiri, biarlah aku ubati kesepian ini di sini... agar dengan cara ini semangatku bisa kembali, biar nota hati ini kembali menari2 disini supaya ia mampu membawa kembali semangat yg hilang, keyakinan diri yang dilambung ombak, tak perlu mengemis sebuah pengertian dan ketabahan dr orang, biarlah diri mampu berdiri, dengan kasih Illahi, pulihkan semangat kendiri. Insya'Allah.

Setiap orang mempunyai bahagian yang tertulis untuknya, Andai diri merasa susah dan sakit, sedarlah ada yang lebih menyakitkan daripada apa yang kamu lalui, sesungguhnya setiap orang diberikan ujian dan rahmat masing-masing, Andai ada yang kurang, nilailah dirimu sayang, kembalilah padaNya, perlarian kamu mungkin tersasar dari landasannya....Kembalilah sayang, supaya satu masa kita mampu berdiri lagi bersama teman-teman untuk mencipta nostalgia indah, walaupom pada masa dan waktu yang berbeza, biarlah hasil dan impaknya membawa erti buat hidupmu selamanya. Insya'Allah setiap langkah perjalananmu sentiasa diiringi doa, sentiasalah kembali mengadapYang Esa bila hatimu sakit dan berduka, hanya DIA yang punya kunci dan ubat untuk segalanya~~~Moga hidup kita hari ini dan seterusnya dirahmati selamanya.

0 comments: