BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 1, 2009

Dia pergi dulu..

18 Oktober 2009.

Tiada siapa sangka pagi yg penuh dgn gembira n penuh impian berakhir dgn sebuah kisah sedih. Sebaik sahaja bangun pagi, aku teruja nk tgk pkah main paintball..So, aku tgk paintball dr pagi sehinggalah game 2 habis. Since group pkah dapat 2nd place, aku turut tumpang gembira diatas kgembiraan seorang sahabat..
Sebaik sahaja majlis penutup paintball berakhir, aku dapat panggilan telefon. “Dia pergi dulu…” Seorang pakcikku telah pergi dulu..telah kembali ke rahmatullah. Berita ini telah mengejutkan seisi keluarga..kemalangan ngeri. Pakcik dirempuh bas ketika dalm perjalanan ke tempat kerja.
Aku pulang ke Kelantan.Tepat jam 7 malam, aku duduk di samping pakcik utk membacakan yassin..sedey mengenangkan anak2 pakcik yg ditinggalkan..Pakcik seorg yg penyayang dan sgt mementingkan keluarga..Anak2 pasti sangat merasai kehilangannya. Tapi gelagat sikecil yg tak kenal dan tak mengerti ape2 .. tatkala seorg saudara bertanya si kecil, “adik ni anak sapa?” sikecil hanya menjawab ; “ Anak umi, Anak umi.. Abah dah tak de. Abah dah mati.” Tatkala itu, aku cukup tersentuh dgn ucapannya..apalah yg dia tahu..sikecil yg berusia 17 bulan..sesungguhnya dia tak mengerti apa2..tapi ucapannya mengambarkan dia tau ayahnya sudah tiada..

Note; Seandainya hidup ini punca perpisahan..Biarlah kematian menyambungnya semula, Tapi seandainya kematian punca perpisahan, Biarlah hidup memberi erti yg nyata..

0 comments: