BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 11, 2009

.: DAlam lipatan kenangan :.

Nak tulis pasal ape ya??=) tulis pasal volleyball la..ok tak?=) da lama tak main volley..rindunya..
Volleyball…terlalu banyak kenangan manis dan ade juga kenangan pahit..Bermula dr zaman sek, hinggalah sekarang… Dulu2, zaman sek rendah, aku selalu main kat posisi depan..walaupom “pendek”..tapi bolehlah..he. Teringat share suka duka ngan ra,za,jah, k.long..n sape lg ya?=) he.pelupa jg aku ni ya..masa ni aku memamg crazy ngan “sport”, terutamanya volley.. Aku pernah training volley dalam hujan n pernah kena kurung dalam rumah..alkisahnya, aku training dalam hujan, aku da dapat warning dr abah,tapi sebab seronok sangat, aku still training ..BEST SANGAT!! He. Keesokan harinya, abah jemput lepas sek n aku terus kena kurung dalam rumah . Abah stopkan semua sport aktivitiku..huhu. My lovely abah tak bagi join volley da..Berkali2 jgk aku pujuk..dan janji mcm2, barulah dapat kuar rumah lg tk main volley..seminggu jugalah aku stop main..hehe.Lucu!
Bila masuk secondary school, aku da tak aktif sangat..hanya main tuk sukan sek. Tak banyak sgt peluang nk main..Bila matriculation level, aku kenal PRESSS team..aktifla jg dalam team..Happy sangat.Masa first yearla..bila da second year, ramai senior da masuk main campus..So, nak tak nak terpaksa cari new teammates..banyak kenangan..Macamana match dalam hujan dan banyak kisah suka duka setiap pemain..disinilah bermula pertemuan dan terjalin ikatan..=) tapi masa kt matriculation, aku jauh dr pengawasan abah, so abah taktau yg aku da langgar janji aku..huhu.Tapi memang seronoklah men dalam hujan!
Main campus,Gombak…walaupom hanya belajar satu semester di Gombak, tapi aku sempat aktif dalam volley juga..sempat main tuk team MASUM. Best juga. walaupom kalah,tapi aku senang dgn team..walaupom agak segan ngn senior2. Almaklumlah budak baru,pengalaman pom tak banyak..he. my jersey for Masum team..baru sekali pakai..Masa ni pakai no 4.. ingatnya nak bagi kat seorg kawan..buat kenangan tuk dia..he, agak2 dia nak tak? Tgkla macamana nanti..=) aku sayang sangat jersey ni, tapi org kata..kalau nak bg kat org biarlah kita bg benda yg paling kita sayang..tanda kita sayang org 2..btol tak?he.
Kuantan campus..terlalu banyak kenangan..ade banyak sagat pahit, manis, suka dan duka…macamana aku yg kecewa jadikan volley sebagai pengubat duka..macamana sebuah persahabatan bermula dan berakhir.. bagaimana persahabatan teruji bila pemilihan teammates dibuat…bagaimana kredibiliti coach menilai pemain..apa rasanya bila tak terpilih n terpinggir?, huhu..banyaklah kalau nak senarai n cerita satu2..he. tapi aku rasa kenangan 2 tetap manis walau apapom dugaannya..Segalanya sweet sangat..=p Dalam team kuantan, jersey aku no 6…=) Selain 2 banyak sangat pengalaman terutama bila ingat beach volleyball n Labuan. Tk beach, aku pakai jersey no 2.he..Team Kuantan… Banyaknya kenangan kita…akan terabadi selamanya. “12 0f us” – Rihe, Rehe, Jib, Zer, Liyana, Wani, Yana, K.nadia, k.Zila, Jijie, Fie n me. Aku sayang kalian selamanya!!=)



Aku doakan semoga “ 12 of us” bahagia dgn jalan masing2..
Sungguhpun kita terpisah dek kerana haluan masing2..aku harap satu masa nanti, kita berpeluang gather lg…Kenang balik apa yg kita ade n pernah share sama2..Insya’Allah.=)

0 comments: